Shah Alam, 11 September – Sambutan Aidil Fitri Kelab Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) telah berlangsung dengan jayanya Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini.
Dengan penyertaan kira-kira 1000 orang melibatkan ahli keluarga warga ACT, sahabat-sahabat ACT serta tetamu jemputan, majlis separuh hari tersebut dimeriahkan dengan persembahan bertemakan kemerdekaan dan kebudayaan tempatan daripada ACT-ACT negeri.
Gambar-gambar sepanjang program sudah mula dimuat naik ke laman sesawang ini serta Fan Page rasmi ACT.
Nantikan lebih banyak gambar pada masa-masa akan datang. Laporan program juga akan menyusul tidak lama lagi.